Sunday, 31 July 2011

PERGERTIAN MASJID

Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat bersujud.Manakala dari segi istilah masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam.Sebagai info tambahan,. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi tiga kali.Jelaslah bahawa didalam dalil Al-Quran ada menyebut tentang masjid ini
Terdapat dua puluh tujuh perkataan masjid di dalam al-Qur'an. Lima belas daripadanya digabung dengan perkataan haram lalu menjadi satu nama khas, Masjidil Haram.
Ayat pertama yang mengandungi nama tersebut adalah mengenai kiblat. Masjidil Haram dijadikan Allah sebagai kiblat.
Firman-Nya,

"sungguh Kami akan memalingkan kamu kepada kiblat yang kamu berpuas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. Orang-orang yang diberi al-Kitab mengetahui bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka" (2:144).

Arahan supaya memalingkan muka ke arah Masjidil Haram telah disebut dua kali di situ. Ia disebut lagi sebanyak tiga kali di dalam al-Qur'an. Satu daripadanya di dalam ayat berikut, yang turut menyatakan ia adalah yang benar daripada Tuhan.
Firman-Nya,
"Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat." (2:149)

Dan dua lagi di dalam ayat di bawah ini,
"Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya," (2:150).

Itu menunjukkan betapa beratnya suruhan memandang ke arah Masjidil Haram sebagai kiblat di sisi Allah. Justeru, manusia tidak ada hujah untuk menafikannya kecuali mereka yang membuat kezaliman. Mereka tidak harus ditakuti, kerana Allah sahaja yang ditakuti, supaya manusia mendapat petunjuk. Demikian disuratkan di dalam sambungan ayat di atas berbunyi:
"supaya manusia tidak ada hujah terhadap kamu, kecuali orang-orang yang membuat kezaliman antara mereka; dan janganlah takut pada mereka, tetapi kamu takutilah Aku, dan supaya Aku menyempurnakan rahmat-Ku ke atas kamu, dan supaya kamu mendapat petunjuk."
Seterusnya, Masjidil Haram menjadi tempat yang diharamkan untuk menumpahkan darah. Musuh iaitu orang-orang yang tidak percaya tidak diperangi di sana melainkan mereka memerangi.
Firman Tuhan,
"janganlah memerangi mereka di Masjidil Haram sehingga mereka memerangi kamu di dalamnya. Kemudian, jika mereka memerangi kamu, bunuhlah mereka. Itulah balasan ke atas orang-orang yang tidak percaya." (2:191)

Dengan itu difahamkan bahawa musuh yang memerangi boleh sampai di Masjidil Haram.
Berperang pada bulan haram adalah dilarang dan dianggap berat "tetapi untuk menghalangi daripada jalan Allah, dan tidak percaya kepada-Nya, dan Masjidil Haram, dan mengusir penduduknya daripadanya, adalah lebih berat pada pandangan Allah," (2:217).`

Maka percaya kepada Masjidil Haram adalah juga percaya kepada Allah dan jalan-Nya. Dia membuatkan Masjidil Haram sama bagi manusia untuk bertekun di dalamnya dan yang berkhemah. Sesiapa yang tidak menghormatinya akan dikenakan azab yang pedih.
Firman Tuhan,
"Orang-orang yang tidak percaya, dan menghalangi daripada jalan Allah dan Masjidil Haram, yang Kami membuatkan sama kepada manusia, yang bertekun di dalamnya dan yang berkhemah, dan sesiapa yang menghendaki untuk tidak menghormatinya dengan kezaliman, Kami akan merasakan kepadanya azab yang pedih." (22:25)

Terdapat pula orang-orang yang menghalangi orang-orang lain daripada Masjidil Haram. Mereka adalah orang-orang kafir, atau tidak percaya, kepada ayat-ayat Allah. Firman-Nya,

"Mereka adalah orang-orang yang tidak percaya, dan mereka menghalangi kamu daripada Masjidil Haram" (48:25).

Mereka akan diazab. Lagipun, mereka bukan pelindung Masjidil Haram. Pelindungnya hanyalah orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan). Al-Qur'an menjelaskan,

"Tetapi, apakah yang mereka ada, bahawa Allah tidak akan mengazab mereka, apabila mereka menghalangi daripada Masjidil Haram, padahal mereka bukanlah pelindung-pelindungnya? Pelindungnya hanyalah orang-orang yang bertakwa tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui." (8:34)

Pun begitu, jangan kerana kebencian terhadap sesuatu kaum yang menghalang, manusia mencari sebab untuk mencabuli, seperti enggan menolong dalam ketaatan dan takwa. Peringatan Tuhan berbunyi,

"Janganlah kerana kebencian pada suatu kaum yang menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, mendesak kamu untuk mencabuli. Tolong-menolonglah kamu dalam ketaatan dan takwa, dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa, dan permusuhan. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam pembalasan sewajarnya." (5:2)

Masjidil Haram dimakmurkan. Namun, amalan memakmurkannya dan pemebrian air kepada orang-orang haji tidak sama dengan percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan berjuang di jalan Allah. Firman Tuhan,

"Adakah kamu mengira bahawa pemberian air kepada orang-orang haji, dan pemakmur Masjidil Haram, sama seperti orang yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan berjuang di jalan Allah? Mereka tidaklah sama pada pandangan Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim." (9:19)

Rasul Allah telah bervisi memasuki Masjidil Haram untuk Haji semasa ia di bawah tangan musuh. Dia akan memasukinya setelah mencapai kemenangan, kata Allah. Demikian menurut ayat berikut:

"Sesungguhnya Allah menjadikan benar visi rasul-Nya, dengan benar: 'Kamu akan memasuki Masjidil Haram, jika Allah mengkehendaki, dengan aman, kepala kamu tercukur, rambut kamu dipotong pendek, tanpa berasa takut.' Dia mengetahui apa yang kamu tidak tahu, dan membuatkan sebelum itu, satu kemenangan yang dekat." (48:27)

Dalam Haji juga, bagi orang yang tidak mendapati sesuatu untuk amalan korban dan yang keluarganya tidak hadir di Masjidil Haram, maka dia berpuasa tiga hari semasa Haji dan tujuh apabila dia kembali, untuk mencukupkan sepuluh (2:196). Mungkin tidak silap untuk mengandaikan bahawa jika dia mempunyai keluarga di situ maka dia berpuasa sepuluh hari dalam Haji.

Selanjutnya difahamkan iaitu hanya orang-orang yang menyekutukan Allah tidak dibenarkan mendekati Masjidil Haram walaupun mereka menaikkan pendapatan penduduk tempatan. Kerana mereka najis (9:28).

Selain daripada yang telah disebut, Masjidil Haram pun menjadi tempat untuk mengadakan perjanjian dengan, misalnya, orang-orang yang menyekutukan Allah. Ayat di bawah mengisahkannya:

"Bagaimanakah ada bagi orang-orang yang menyekutukan satu perjanjian dengan Allah dan rasul-Nya, kecuali orang-orang yang dengan mereka kamu membuat perjanjian di Masjidil Haram; selama mereka berlaku lurus terhadap kamu, kamu berlakuluruslah terhadap mereka; sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa." (9:7)

Sebutan terakhir mengenai Masjidil Haram di sini adalah mengenai rasul Allah. Dari situlah dia diperjalankan pada suatu malam, ke sebuah masjid yang lebih jauh, untuk diperlihatkan sebahagian daripada ayat-ayat Allah.
Firman-Nya,

"Dia disanjung, yang memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam hari dari Masjidil Haram ke masjid yang lebih jauh di mana sekitarannya Kami memberkati, supaya Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian daripada ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Melihat." (17:1)

Mungkin pada malam itu bermulalah sejarah al-Qur'an di bumi ini.

Ayat pertama di dalam al-Kitab yang mengandungi perkataan masjid berbunyi,

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menghalangi masjid-masjid Allah supaya nama-Nya tidak disebut di dalamnya, dan berusaha untuk meruntuhkannya. Mereka tidak mungkin memasukinya, melainkan dengan takut-takut. Bagi mereka kerendahan di dunia, dan di akhirat, azab yang besar." (2:114)

Antara yang disebut di dalam ayat di atas ialah bahawa masjid menjadi tempat untuk menyebut nama-Nya. Orang yang menghalanginya, seperti yang menyebut nama-nama yang selain daripada nama-Nya, dan cuba untuk meruntuhkan masjid itu, adalah orang yang paling zalim.

Masjid juga tempat beriktikaf, atau bertekun. Pada malam bulan Ramadan semasa beriktikaf di masjid, para suami dilarang mencampuri isteri-isteri mereka (2:187).

Muka disuruh ditegakkan di setiap masjid, mungkin dengan menumpukan segala perhatian kepada Allah.
Firman-Nya,

"Tegakkanlah muka-muka di setiap masjid, dan berserulah kepada-Nya dengan menuluskan agama kamu untuk-Nya. Sebagaimana Dia memulakan mencipta kamu begitulah kamu akan dikembalikan." (7:29)

Pakaian yang baik haruslah dipakai di setiap masjid, dengan tanpa membazir, atau berlebihan. Tuhan menjelaskan,

"Wahai Bani Adam, ambillah perhiasan kamu di setiap masjid; dan makan dan minumlah, tetapi janganlah kamu membazir; Dia tidak menyukai orang-orang yang membazir." (7:31)

Masjid-masjid Allah dimakmurkan, tetapi bukan oleh orang-orang yang menyekutukan, yang menyaksikan terhadap diri-diri mereka sendiri akan ketidakpercayaan mereka terhadap ayat-ayat Allah (9:17). Mereka yang seharusnya memakmurkan masjid-masjid Allah dijelaskan di dalam ayat yang menyusul, berbunyi,

"Yang akan memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, dan tidak takut kecuali kepada Allah. Mudah-mudahan mereka itu adalah di kalangan orang-orang yang mendapat petunjuk." (9:18)

Ada pula orang-orang yang menyalahgunakan masjid. Mereka, antara lain, menggunakannya dalam pertentangan, dan ketidakpercayaan kepada ayat-ayat Allah, dan memecahkan orang-orang mukmin. Namun, "mereka bersumpah, 'Kami tidak menghendaki sesuatu melainkan kebaikan'; dan Allah mempersaksikan bahawa mereka adalah pendusta-pendusta" (9:107). Masjid seperti itu dilarang berdiri di dalamnya selama-lamanya. Arahan dan suruhan-Nya berbunyi,

"Janganlah berdiri di dalamnya selama-lamanya. Masjid yang didirikan atas takwa sejak hari pertama adalah lebih wajar untuk kamu berdiri di dalamnya; di dalamnya terdapat lelaki-lelaki yang suka membersihkan diri mereka; dan Allah menyukai orang-orang yang membersihkan diri mereka." (9:108)

Hanya masjid-masjid yang didirikan atas takwa, atau takut kepada Tuhan, bukan atas sebab-sebab lain, yang Allah suruh berdiri di dalamnya.

Terdapat sebuah ayat yang menceritakan bahawa Bani Israil telah dan akan memasuki masjid untuk membinasakannya - "dan untuk masuk ke masjid sebagaimana mereka memasukinya pada kali pertama, dan untuk membinasakan, dengan pembinasaan, apa yang mereka meninggikan." (17:7)

Al-Qur'an juga turut menceritakan mengenai pembinaan sebuah masjid di tempat sekumpulan pemuda mencari perlindungan di sebuah gua; mereka telah dimati dan dihidupkan semula (18:21).

Masjid dan tempat-tempat ibadat agama lain menjadi sasaran apabila manusia bermusuhan. Mereka dielak daripada dirobohkan dengan Allah mengusir sesetengah manusia.
Firman Allah,

"Sekiranya Allah tidak mengusir manusia, sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain, tentulah dirobohkan biara-biara, dan gereja-gereja, tempat-tempat sembahyang Yahudi, dan masjid-masjid, yang di dalamnya nama Allah disebut dengan banyak. Sungguh, Allah akan menolong orang yang menolong-Nya; sesungguhnya Allah Kuat, Perkasa." (22:40)

Ayat terakhir di dalam al-Qur'an yang mengandungi perkataan masjid membawa satu peringatan keras mengenainya berbunyi,

"Masjid-masjid adalah kepunyaan Allah; maka janganlah seru, berserta Allah, sesiapa pun." (72:18)


Manakala ini pula berdasarkan daripada hadis:

Oleh yang demikian, janganlah seru, atau sebut, siapa saja yang selain daripada Allah di dalam masjid-masjid kepunyaan Allah. Takut nanti Dia murka, lalu menurunkan kemurkaan dari langit yang menghapuskan manusia.Seterusnya dalil daripada Al Hadith memetik dari hadis Shahih Muslim ialah
• Hadis riwayat Abu Zar r.a., ia berkata:

Aku bertanya: Wahai Rasulullah, Masjid manakah yang pertama dibangun di muka bumi ini? Rasulullah menjawab: Masjidilharam. Aku bertanya: Kemudian Masjid mana? Beliau menjawab: Masjidilaksa. Aku bertanya: Berapakah jarak waktu antara keduanya? Beliau menjawab: Empat puluh tahun. Di mana saja datang waktu salat, maka salatlah, karena di situ juga Masjid. (Shahih Muslim No.808)
• Hadis riwayat Jabir bin Abdullah Al-Anshari r.a., ia berkata:

Rasulullah bersabda: Aku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada seorang nabi sebelumku. Semua nabi sebelumku diutus hanya kepada kaumnya, sedangkan aku diutus kepada semua manusia yang berkulit merah dan hitam. Dihalalkan bagiku harta rampasan perang yang tidak pernah dihalalkan kepada seorang pun sebelumku. Bumi diciptakan untukku dalam keadaan suci menyucikan dan sebagai Masjid. Barang siapa yang menemui waktu salat, maka salatlah di tempat ia berada. Aku diberi kemenangan dengan membuat takut musuh selama jarak perjalanan satu bulan. Dan aku juga diberi syafaat. (Shahih Muslim No.810)
• Hadis riwayat Abu Hurairah r.a., ia berkata:

Bahwa Rasulullah bersabda: Aku diberi enam kelebihan atas para nabi, aku diberi kata singkat tapi kaya akan makna, aku diberi kemenangan dengan cara menakuti musuh, dihalalkan bagiku harta hasil rampasan perang, tanah dijadikan untukku dalam keadaan suci dan sebagai Masjid, aku diutus kepada segenap makhluk dan aku dijadikan sebagai penutup para nabi. (Shahih Muslim No.812)


Rumusan yang boleh di buat disini ialah pelbagai isi kandungan daripada Al-Quran dan hadis adalah menunjukkan bahawa masjid adalah sesuatu tempat penting untuk kita beribadat kepada Allah S.W.T .

No comments:

Post a Comment