Sunday, 31 July 2011
PENUTUP
Kesimpulan yang boleh dibuat mengenai peranan dan sumbangan masjid kepada masyarakat ialah masjid merupakan sebuah institusi penting demi membentuk masyarakat islam yang bertamadun.Selain itu,masjid juga merupakan tempat beribadat bagi seluruh umat islam bagi menunaikan rukun islam yang kedua iaitu menunaikan solat.Sesungguhnya kita perlu sedar bahawa peranan masjid pada masa kini penting kerana bermula daripada masjidlah kita dapat beribadat,mengeratkan silaturahim antara satu sama lain dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti masjid yang dapat meningkatkan iman dan ketaatan kita kepada Allah S.W .T.Janganlah kita hanya mahu menunggu pada disaat genting untuk bergegas ke masjid tetapi jafikanlah masjid sebagai rumah kedua kita agar setiap ibadah dan amlan yang kita kerjakan dirahmati oleh Allah S.W.T.Malahan itu saya ingin memohon seribu kemaafan sekiranya segala kesilapan atau kata-kata saya yang menyentuh mana-mana sensitif masyarakat.Tidak lupa kepada semua ahli lembaga masjid saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana membantu saya untuk menyiap projek ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment