Sunday, 31 July 2011

ABSTRAK

Saya Muhammad Firdaus Bin Hasron merupakan pelajar daripada falkuti Perladangan dan Agroteknologi daripada UiTM kampus Arau sesi 2011 akan menerangkan peranan “Peranan dan sumbangan Masjid As Salam kepada masyarakat”.


Demikian itu,terlebih dahulu masjid ini telah sangat sinonim dengan keindahan dan aktiviti-aktivitinya yang sesuai selaras dengan pengisian rohaniah setaraf masjid ketika zaman Rasulluah S.A.W.Untuk tujuan ini saya akan memilih Masjid As Salam sebagai sasaran kajian saya.


Malahan itu juga kajian ini akan menjelaskan tentang maksud terperinci terhadap masjid mengenai dari segi istilah,bahasa dan lain-lain.Selain itu saya juga akan membawa anda semua untuk mengenali lebih dekat mengenai Masjid As-Salam Puchong Perdana ini.


Disamping itu,kajian ini akan menyelidiki tentang sambutan masyarakat dan sekaligus dapat mengimarahkan lagi semangat ukhwah dan silaturahim kepada seluruh kaum muslim dan muslimat yang mengunjungi Masjid As-Salam Puchong Perdana ini.Oleh itu diharap agar semua masyarakat islam tidak kira warna kulit atau rupa yang diciptakan oleh ALLAH S.W.T supaya dapat mengekalkan semangat untuk mengimarahkan masjid dan memberikan sudut pandangan yang positif kepada setiap aktiviti mahupun acara yang dijalankan oleh pihak masjid untuk memajukan ummah dan agama islam pada zaman akan datang.

No comments:

Post a Comment