Assalammualaikum W.B.T,pertama dan selama-lamanya saya ingin mengucapkan alhamdulilah dan bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana nikmat dan limpah kurniaNya saya dapat meneruskan kehidupan sebagai seorang umat islam yang sejati.Selain itu,tidak lupa kepada junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat-sahabat nabi yang sanggup bergadai nyawa ataupun harta semata-mata untuk menegakkan agama islam sehingga dapat bertahan walaupun di telan zaman hingga ke hari ini.Tujuan saya menulis esei ini adalah untuk mengenali tentang peranan dan sumbangan masjid kepada masyarakat.Sesungguhnya Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda:
“Aku ingin menyuruh budak-budak mengumpul kayu api banyak-banyak untukku dan kemudian aku hendak pergi dari rumah-ke rumah orang-orang yang (senagaja) solat di rumah masing-masing tanpa sesuatu uzur lalu membakarnya.”
(Muslim)
Huraian hadith:
Lihatlah betapa pentingnya solat berjemaah bagi orang lelaki hinggakan kalau boleh Nabi Muhammad s.a.w hendak pergi membakar rumah-rumah lelaki Islam yang sengaja tidak datang ke masjid/ surau. Kalau sampai begitu serius sekali tuntutan solat berjemaah ini, masihkah kita buat hirau tak hirau saja?.Tidak disangkal lagi bahawa sabda Rasulullah s.a.w diatas ini betapa pentingnya peranan dan sumbangan masjid kepada masyarakat demi membentuk agama islam sebagai agama yang suci dan bertamadun.Demikian itu saya MUHAMMAD FIRDAUS BIN HASRON akan menerangkan peranan dan sumbangan masjid kepada masyarakat.Tidak mengira warna kulit mahupun di setiap seantero dunia,masjid adalah tempat kita untuk beribadat untuk menunaikan rukun iman kita yang kedua iaitu menunaikan solat fardu lima waktu sehari dan semalam.Malahan itu,masjid juga institusi penting sebagai pusat penyebaran ilmu akhirat seperti kelas fardu ain,tauhid,feqah dan pelbagai lagi.Disamping itu meningkatkan ukhwah dikalangan umat islam seperti solat berjemaah,bergotong royong dan lain-lain yang berkaitan.Harapan menggunung dihati apabila penerangan saya mengenai peranan dan sumbangan masjid kepada masyarakat islam pada masa kini dapat mengimarahkan masjid kita pada hari ini dengan mengadakan pelbagai aktiviti demi menyedarkan maasyrakat tentang betapa pentingnya masjid didalam hidup kita.Kesimpulan disini yang saya dapat rumuskan ialah bahawa peranan dan sumbangan masjid kepada masyarakat adalah sangat penting agar setiap umat islam sedar dan peka akan kepentingan masjid disekeliling kita bukan semata-mata beribadah kepada ALLAH S.W.T tetapi sebagai tempat merapatkan silaturahim antara seluruh umat islam sejagat.
No comments:
Post a Comment